Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah,akhirnya berjaya jugak ak on laptop,dan menulis blog.
Jadi,hari ni ak nak share pengalaman best ak join ODOJ.Odoj ni stands for one day one juzuk.Means sehari kita baca satu juzuk.Jadi team kat Poland ni gather malaysians xkisah kat mana,30 org dalam satu grup dan sorang baca juzuk berlainan.Dan alhamdulillah pada 15 April hari tu,grup odoj aku berjaya khatam satu juzuk.=).And aku sangat hepi sbb dah xingt bila last ak berjaya khatam quran.tambah2 kali ni dalam masa sebulan je.Harap2 smpat la khatam quran,ramadhan nanti.Amin.
Pengalaman best kedua aku pulak waktu last weekend,aku diberi peluang untuk join Mercy VIP (volunteer induction program).Dan bila aku join program ni,aku jadi bersemangat untuk jadi volunteer.Yela,bila Prof Ikram dan Mr Yew share pengalaman diorg pergi ke Acheh,Darfur,Iraq etc..Dan yang paling aku kagum,Prof Ikram dan Mr Yew sangatlah humble dan tidak menyombong diri.Walaupun pangkat tggi,tapi still sama2 lepak dgn students,dan xkisah nak tlg apa2..Yela,nama pun join volunteer,mesti da biasa bergaul dgn org pelbagai bangsa,agama etc..
Wednesday, April 23, 2014
Saturday, April 12, 2014
Random
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni xtau kenapa,tapi rasa macam mood ingin menulis something...
So,hari ni,nothing much i did.
Just nak share sedikit pasal ilmu yang baru dapat dlm usrah tadi,which is sejarah usrah.
Usrah ni telah diasaskan oleh Imam Hassan al-Banna.Hassan al Banna ni hidup semasa sistem khalifah masih ada,ketika sistem khalifah jatuh,dan ketika khalifah sistem khalifah jatuh pada tahun 1924.Usrah merupakan satu usaha untuk cover balik tanggungjawab institusi kekeluargan yang waktu tu,xmampu nak membentuk individu muslim.
As in usrah,ada aktiviti baca quran,sharing of ilmu etc,adalah disebabkn mencontohi tindakan rasulullah yg berdakwah kepada para sahabat semasa tempoh dakwah secara rahsia.Usrah bukanlah hanya semata-mata berperanan menyampaikan ilmu,tetapi juga mencapai fikrah.
Ok tu je.
Hari ni xtau kenapa,tapi rasa macam mood ingin menulis something...
So,hari ni,nothing much i did.
Just nak share sedikit pasal ilmu yang baru dapat dlm usrah tadi,which is sejarah usrah.
Usrah ni telah diasaskan oleh Imam Hassan al-Banna.Hassan al Banna ni hidup semasa sistem khalifah masih ada,ketika sistem khalifah jatuh,dan ketika khalifah sistem khalifah jatuh pada tahun 1924.Usrah merupakan satu usaha untuk cover balik tanggungjawab institusi kekeluargan yang waktu tu,xmampu nak membentuk individu muslim.
As in usrah,ada aktiviti baca quran,sharing of ilmu etc,adalah disebabkn mencontohi tindakan rasulullah yg berdakwah kepada para sahabat semasa tempoh dakwah secara rahsia.Usrah bukanlah hanya semata-mata berperanan menyampaikan ilmu,tetapi juga mencapai fikrah.
Ok tu je.
Friday, April 11, 2014
Jaulah Austria Hungary
Assalamualaikum w.b.t.
Hampir 3 bulan lebih,blog tak berupdate.bukannya sebab sibuk,tapi..not in the mood untuk menulis.Jadi insyaAllah hari ni just nak share travelog mengenai jaulah ke Austria Hungary waktu bulan Januari yang lalu.=).Travelog ni pun ditulis as one of tugasan sebaik sahaja balik dari berjaulah.
B
|
Segala puji bagi Allah
kerana memberi aku peluang untuk menjejakkan kaki di bumi Hungary dan Austria.
Jujur,ini adalah jaulah
ku yang pertama.Di mana aku berjalan ke tempat orang kerana Allah.Aku seorang
yang sangat susah untuk keluar dari zon selesa.Bagi aku,melancong atau pun
berjaulah mudah membuatkan aku rimas.Daripada aktiviti mengemas
barang,perjalanan yang memakan masa,dan terpaksa meninggalkan bilik dan rumahku
yang selesa.Namun tahun ini,Allah telah menggerakkan hati aku dengan pemergian
seorang insan,Ahmad Ammar.
Aku melihat air tenang bertakung
Mencemar kandungannya sendiri.
Sekiranya tidak,ia tercemar.
Sungguh puisi Imam Syafii yg tercatat dalam buku nota saudara Ammar ini menguatkan semangat dan tekad ku untuk menyertai jaulah pada tahun ini.Jaulah ke Austria dan Hungari ini telah dirancang oleh kakak-kakak senior di sini.Kiranya,aku dan rakan-rakan hanya perlu menyiapkan diri dan barang-barang yang ingin dibawa.Memandangkan ini jaulahku yang pertama,maka banyaklah barang-barang keperluan yang aku bawa.
![]() |
| 2nd day in Budapest |
Kalau sebelum ini,bila
disebut tentang komunis,dan aku yakin rata-rata penduduk Malaysia masih
mempunyai persepsi yang sama,aku hanya dapat membayangkan
kekejaman,pembunuhan,penderaan dan keganasan.Namun setelah mendengar sejarah
komunisme di Hungary,pandangan aku telah bertukar.Komunisme yang diceritakan
merupakan satu sistem yang berkonsepkan kesamarataan.Hal ini bermakna semua
penduduk Hungary ketika itu mendapat gaji dengan jumlah yang sama,tiada yang
hidup merempat,semua orang mempunyai pekerjaan dan sebagainya.Aku amat tertarik
dengan fakta semua orang mempunya rumah dan tidak hidup
merempat.Sebabnya,dengan cuaca musim sejuk di
bumi eropah ini,aku selalu
tersentuh hati melihat mereka yang tiada rumah sebagai tempat
perlindungan.Namun,komunisme juga telah
menjadi sekadar sejarah di Hungary kerana fitrah manusia yang suka bersaing.
Program kami pada hari
pertama ini telah makan masa lebih dari dua jam.Bayangkan lebih dua jam berada
di luar dengan suhu di bawah paras beku,negatif.Ramai yang kebas-kebas kaki dan
tangan,dan aku mula rasa sakit kepala kerana sejuk.Ya,tidak dapat nak
dibayangkan selagi tidak rasa sendiri.
![]() |
| Muka kepenatan..hee =) |
Hari kedua kami
dimulakan dengan bacaan mathurat dan tazkirah.Kemudian,kami mula berjalan kaki seawal
jam 8 pagi.Kami melawat dan bergambar di
tempat-tempat yang menarik.Dan selepas itu,kami sekali lagi mengikuti pemandu
pelancong yang menceritakan dengan lebih terperinci mengenai Hungary.Malah hari
ini,kami telah melalui Chain Bridge yang telah menghubungkan Buda dan Pest.Kami
juga telah selamat tiba di Buda dengan berjalan kaki.Hari ini aku rasa sangat
letih kerana kami telah berjalan lebih dari tujuh jam dengan cuaca yang
sejuk.Kaki aku hampir melecet.Dan dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan,aku
hanya menghayunkan kai tanpa perasaan dan tidak menghiraukan kesakitan yang
ada.
Tiba
dihotel,masing-masing merehatkan diri dan solat.Sejam lepas itu,kami keluar
kembali untuk mencari cenderahati.Jadual kami sangat padat.Dan ada yang memilih
untuk tinggal di hotel kerana sakit
kaki.Sebelum tidur,aku telah membuka link yang kakak usrahku beri,iaitu
tazkirah yang perlu aku sampaikan nanti.Subhanallah,aku tersentap.Rupanya isi
tazkirahku adalah mengenai nikmat kaki.Alhamdulillah,setelah merungut di siang
hari kerana kaki yang lenguh dan sakit, Allah telah mengingatkanku mengenai
nikmat kaki yang sering aku lupakan.InsyaAllah tidak sia-sia berasa sakit dan
lenguh jika setiap langkah kaki ini adalah kerana Allah.Amin.
H
|
ari ketiga.Paginya,kami
melawat tempat-tempat menarik di Budapest seperti bangunan parlimen dan Hero
Square.Kemudian,kami bertolak ke Vienna,Austria dengan menaiki
keretapi.Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam.Kami tiba di Vienna bila
hari sudah beransur malam dan hanya berehat di bilik.
Keesokan harinya,misi
menjelajah Vienna pun bermula.Perkara yang sangat popular mengenai Austria
adalah mengenai Princess Elizabeth ataupun nama manjanya Princess Sisi.Oleh
itu,kami telah melawat muzium yang mempamerkan perabot,pinggan mangkuk dan
kehidupan kerabat diraja.Malah terdapat muzium khas mengenai princess tersebut
iaitu Muzium Sisi.
Princess
Sisi merupakan seorang wanita yang sangat cantik dengan rambutnya yang panjang
mengurai.Malah diceritakan beliau meluangkan masa selama 2-3 jam setiap hari
semata-mata untuk menguruskan rambutnya.Beliau juga sangat menjaga kecantikan
sehingga dikatakan beliau mempunyai pinggang selebar 20 inci sahaja
.Princess Sisi juga
hidup dalam kemewahan yang melimpah ruah.Namun demikian,kehidupan beliau
tidaklah seindah seperti yang dibayangkan.Hal ini kerana beliau mempunyai
masalah dalam
keluarga,kehilangan anak yang pertama,malah
beliau juga seakan memberontak untuk mencari kebebasan daripada kehidupan yang
terlalu terikat dengan protokol dan terlalu menjadi perhatian sehinggakan
beliau berasa fobia untuk berdepan dengan orang.Kisah kehidupan Princess Sisi
ini benar-benar menjadi pengajaran kepada aku kerana ia membuktikan kecantikan
dan kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan.
D
|
i
Vienna,kami telah diberi tugasan untuk bergambar dengan orang yang jarang kami
bergambar sekali.Biarpun berasa agak janggal,namun aku sedikit gembira kerana
buat pertama kalinya aku dapat bergambar dan semakin rapat dengan mereka-mereka
yang lain.Malah,bilik penginapan kami juga bercampur antara junior dan
senior.Alhamdulillah ternyata perkara ini Berjaya mengeratkan lagi ukhuwah
antara kami.
Tiga hari berada di Vienna,kami pulang kembali
ke Budapest.Kami bertolak menaiki teksi ke lapangan terbang.Ketika pemeriksaan
imegresen,baru aku tersedar rupa-rupanya handphone kesayanganku tertinggal di
dalam teksi.Biarpun berasa sedih,namun aku hanya mampu redha kerana sudah
terlambat untuk melakukan apa-apa.
![]() |
| Beautiful scene.Abaikan scarf yg jatuh tu..=P |
Sungguh hadis di atas
benar-benar memujuk hatiku.
S
|
ejujurnya hatiku begitu
berat sekali untuk mengikuti jaulah ini sebelum ini.Namun untuk berpatah
kembali,agak mustahil memandangkan tiket dan persiapan sudah dibuat.Malah,aku
tidak meletakkan apa-apa expectation terhadap jaulah ini.Namun,Alhamdulillah,ternyata
jaulah ini merupakan satu pengalaman yang tidak sia-sia.Aku sangat bersyukur
kerana diberi kesempatan memandang dunia ini dari aspek yang berbeza,diberi
kesempatan mengeratkan ukhuwah dengan mereka yang sama-sama berjuang di jalan
Allah.Aku juga sangat terkesan dengan aktiviti mathurat yang diadakan setiap
pagi dan malam.Aku berharap aku mampu menjadikan aktiviti ini sebagai rutin
harian,insyaAllah.Aku juga brharap akan diberi kesempatan untuk menyertai
jaulah lagi dilain waktu,semoga Allah mempermudahkan niatku
ini.insyaAllah.Amin.
p/s : its so exciting untuk jumpa masjid dkt negara yg majoritinya bukan muslim.yeap,finally xperlu fikir mana nak amik wuduk,nk cari tempat bersih untuk solat,mana tmpat yg xcrowded sgt.and now how i realize,as malaysian,atleast patut bersyukur dan hargai masjid yg ada kat mana2 je.dalam shoping complex ada surau,while us here,just solat in fitting room.
p/s : its so exciting untuk jumpa masjid dkt negara yg majoritinya bukan muslim.yeap,finally xperlu fikir mana nak amik wuduk,nk cari tempat bersih untuk solat,mana tmpat yg xcrowded sgt.and now how i realize,as malaysian,atleast patut bersyukur dan hargai masjid yg ada kat mana2 je.dalam shoping complex ada surau,while us here,just solat in fitting room.
Thanks Allah for choosing me.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)







