Sunday, December 23, 2012

Bersyukurkah kita?

Bismillahirrahmanirrahim.

Seorang lelaki tua yg berjalan perlahan-lahan keluar daripada sebuah pasaraya dan hanya mampu membeli roti kosong sebagai makanan seharian untuk mengalas perut.Seluarnya basah.Mungkin tidak sempat ke tandas kerana tidak mampu berjalan cepat..Di sebuah stesyen bas,seorang lelaki tua yg lain berjalan dari satu tong sampah ke tong sampah yg lain sambil mengutip baki rokok org lain untuk memanaskan badan.Di luar bangunan Anatomy tempat aku belajar,seorang lelaki tua sedang menyodok salji yg telah menjadi ais sambil terbatuk dan menahan lelah dalam kesejukan yg mencapai angka negatif sepuluh.Rasa sperti mahu berhenti sebentar membantunya yg kelelahan.

Perempuan tua yg layak dipanggil nenek selalunya melutut berjam-jam lamanya dalam kesejukan di stesyen trem sambil meminta sedekah,kini tidak lagi kelihatan.Seawal jam 6 pagi,ak bangun dan melihat ke luar tingkap,lelaki2 tua bekerja menyodok salji untuk membersihkan jalan.Atau mungkin mereka telah memulakan tugas itu lebih awal lagi.Subhanallah.Suhu ketika itu negatif belasan.Ketika dalam perjalanan menuju ke kelas,seorang lelaki tua menaiki bas dalam keadaan sgt menggigil.Kasutnya basah.Tisu ditangannya sangat kotor.Tangannya tidak memakai glove.Kesejukan yg melampau menyebabkan tngan ak yg memakai glove pun masih terasa sakit dan kebas.Kaki yg memakai 3 lapis stoking pun masih terasa sakit dan sejuknya.

Ya Allah.Sungguh betapa beruntungnya aku.Malah selalu terlupa untuk bersyukur.Makan mengikut nafsu.Sudah ada makanan kadang2 merungut lagi.Sudah diberi rumah yg selesa,lupa akan mereka yg kesejukan di luar sana.Diberikan katil yg panas dan selesa,sedang ramai yg tidak mempunyai rumah hingga ada yg mati kesejukan.Sudah ada harta,terlalu sedikit yg diinfakkan ke jalan Allah.

Bersyukurkah kita?
Muhasabah diri.

Monday, December 17, 2012

Berjayakah kita.?


Bismillahirrahmanirrahim..

Rasulullah s.a.w besabda ketika menggali Parit Khandaq (5 Hijrah):
“Kota Konstatinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya sewaktu itu adalah sebaik-baik raja yang ada. Tenteranya juga sebaik-baik tentera.”


Alhamdulillah,kira-kira dua minggu lagi,tahun 2013 akan menjelma insyaAllah.Dan usia pun kian bertambah.Kita semakin dewasa.Dan yg dewasa semakin tua.Usia ku juga akan mencecah ke angka 20.Masih muda belia.

Mengimbas kembali apa pencapaian kita sepanjang hidup di atas muka bumi Allah ini.Bagi aku,19 tahun.Tempoh yg agak lama berbanding mereka2 yg ditakdirkan meninggal di usia yg lebih muda.Ya,kita telah berjaya dgn cemerlang dlm peperiksaan.Tidak pernah gagal.Berjaya menempatkan diri di sekolah berasrama.Berjaya menjadi pelajar yg pling 'hot' dkat sekolah.Berjaya menjadi atlet pling hebat.Atau berjaya mendapat teman hidup yg sempurna.Dan macam2 lagi istilah berjaya.

Aku sgt pasti semua org gembira apabila mendapat kejayaan.Tetapi sampai disitu saja kah kejayaan kita..?

Ehem2..

Diceritakan bahawa Konstantinopel (hari ini ialah Istanbul) merupakan ibu kota Empayar Byzantine yg sgt sukar utk ditawan.Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menawan Konstantinopel namun menemui kegagalan.Beratus tahun berlalu dan berlalu.Pelbagai cubaan dilakukan.Umat Islam berebut-rebut untuk membuktikan hadis Rasulullah.Untuk menjadi sebaik-baik raja dan mempunyai sebaik-baik tentera.Namun semuanya tidak berjaya.

Sehinggalah akhirnya Konstantinopel jatuh ke tangan Sultan Muhammad Al-Fateh.
Sultan Muhammad Al-Fateh telah memimpin kerajaan Uthmaniah seawal usia 14 TAHUN.
Dan berjaya menakluk Kota Konstantinopel seawal usia 21 TAHUN.
Subhanallah.Pemuda yg sgt luar biasa.Bersama tenteranya yg juga luar biasa.

Dan kita?
Kota manakah yg berjaya kita tawan..

Friday, December 7, 2012

Jom betulkan niat =)


Bismillahirrahmanirrahim..

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Aku ada seorang kawan.Bagi aku,dia sangatlah bijak,berkepimpinan,dan bercita-cita tinggi.Bagi aku,dia seorang yg hardworking dalam mencapai impiannya dalam menubuhkan sebuah syarikat.Dan alhamdulillah,aku kira diusia yg masih muda remaja,dia adalah seorang yg berjaya.Bukan dia sahaja org yg hebat.Terlalu ramai.Di sekeliling ak sahaja,ramai yg tidak putus-putus belajar,demi mendapatkan segulung ijazah.Bila dah dapat ijazah,aku kira mereka berusaha pula untuk mendapatkan pekerjaan.Ada yg ingin menjadi doktor,guru,jurutera,akauntan,arkitek dan terlalu bnyk lagi.

Tetapi sungguh aku tertanya-tanya apakah tujuan sebenar mereka2 ini,berusaha berusaha berusaha dan berusaha saban hari untuk mengejar impian mereka ini.Adakah kerana untuk mendapat gaji yg besar bagi menyara keluarga?atau untuk mendapat keselesaan hidup?atau untuk mendapat nama dan dipandang tinggi oleh masyarakat?atau kerana Allah...

Aku yakin,bila diantara kita bakal menduduki peperiksaan,kita akan berdoa kepada Allah untuk memberikan keputusan yg baik untuk kita dan sebagainya.Tetapi selepas Allah memakbulkan doa kita,apakah sumbangan kita kepada agamaNya?

Aku pasti kita selalu berdoa agar Allah memudahkan urusan kita untuk mendapat segulung ijazah.Tetapi selepas Allah memperkenankan doa kita,memang kita akan melafazkan Alhamdulillah..tetapi apakah yg kita balas untuk melaksanakn tggungjawab kita sebagai seorang khalifah?

Aku pasti acapkali kita berdoa agar ditemukan dengan jodoh yg terbaik untuk kita.Tetapi setelah kita diberikan seorang teman hidup,apakah yang kita lakukan untuk Allah..?

Apakah sebenarnya yg kita kejar dalam dunia ini.Terlalu banyak Allah memberi.Kita masih meminta.Allah berikan lagi.Dan kita terus lalai.Sungguh kesenangan itu adalah satu dugaan yg sering kali tidak kita sedari.

Alangkah ruginya kita apabila saban hari kita habiskan mengejar dunia.Sedangkan usaha-usaha itu tidak kita sandarkan kepada Allah.Marilah betulkan niat kita sebagai seorang hamba dan khalifah dalam usaha mendapatkan kejayaan di akhirat.

Kemenangan dapat diperoleh hanya dengan pengorbanan :

'Wahai orang beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?' (al-Saff : 10)

'Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.' (al-Saff : 11)

'Nescaya Allah mengampunkan dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan menempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn.Itulah kemenangan yang besar.' (Al-Saff : 12)

Allah menjual keampunan dan syurgaNya dgn harga keimanan dan jihad.
Jom kita berjual beli dgn Allah.

Tidak mahukah kita ke syurgaNya..
Atau mampukah kita ke nerakaNya..

Wednesday, December 5, 2012

Sahabat yg paling disukai

Bismillahirrahmanirrahim...

Ehem2..

"Manusia itu ibarat logam.Baiknya dia ketika jahiliyyah,baik juga ketika Islam.Sekiranya dia faham"
(Bukhari & Muslim)

InsyaAllah aku rasa ramai yg dah pernah dgr hadis ni.Termasuklah aku sejak setahun yg lalu.Tapi wktu tu ak sekadar tahu,tpi xbrape nak faham.Nak tny bnyk2,xtergerak hati pulak.
Alhamdulillah,soalan kak shiela baru-baru ini telah berjaya meng'clear'kan segala persoalan aku mnegenai hadis ini.

Soalannya :
Siapakah sahabat nabi yg paling kamu sukai dan kagumi dan sebagainya..
Senang citer sahabat yg menjadi feveret laa...

Maka macam2 la jawapan yg diterima..dan aku menjawab Bilal bin Rabah kerana kehebatannya dan kesabarannya menghadapi seksaan dan dugaan dalam mempertahankan akidahnya.Dan bagi aku,kita semua jika diseksa sebegitu,belum tentu dapat mempertahankan akidah kita.Sedangkan baru diuji sedikit,sudah melatah..

Dan tiba turn kak Shiela,jawapannya adalh Saidina Umar.
Kata Kak Shiela,dia memilih Saidina Umar kerana beliau sgt sesuai untuk menggambarkan hadis di atas. Beliau adalah logam.Iaitu semasa jahiliyyahnya sngt dikenali dgn kehebatannya,keperkasaannya sebagai seorang yg kejam dan menentang habis-habisan Rasullullah.Namun setelah masuk Islam,kehebatannya dan keperkasaannya masih kekal tetapi digunakan untuk memperjuangkan Islam.Malah,dgn keislaman Saidina Umar,telah menjadi salah satu sebab bermulanya penyebaran Islam secara terang-terangan.

Peristiwa Saidina Umar memeluk Islam juga sgt menyentuh hati apabila bacaan ayat al-Quran ternyata berjaya melembutkn hatinya.Diceritakan pada wktu itu,Rasullullah telah berdoa kepada Allah agar memuliakan Islam dgn salah satu  antara dua Umar (Umar al-Khattab dan Abu Jahal) yg lebih Kau cintai.Ternyata Allah memilih Saidina Umar. =D


Saturday, December 1, 2012

ukhuwah fillah.i love Allah.

Bismillahirrahmanirrahim...

Indahnya ukhuwah fillah,sebuah perhubungan yang disandarkan kepada Allah semata-mata.Sungguh.Sangat rugilah bagi mereka yang tidak merasa kemanisannya.Setelah sekian lama,akhirnya aku diberi peluang untuk menyedari betapa indahnya persaudaraan dalam Islam di bumi bertuah ini,Poland.Terima kasih kepada rakan-rakanku tidak kira di Malaysia,Mesir,India mahupun mana-mana ceruk dunia.Jazakillah juga untuk group usrah da chosen one n rakan2 lain di poland.

Teringat kata2 ustaz atlizan semasa subjek pengajian islam di MSU.Kawan2 kita hnya kat dunia,xkan kekal.Kalu nk kekal,sandarkan pada Allah...insyaAllah..

Alhamdulillah minggu ini,aku telah diberi amanah untuk menjadi mc bagi usrah kami kali ini.Selaku mc,aku diberi mandat untuk memilih surah bagi minggu ini.Dan aku telah memilih surah al-Zumar dari ayat 41 sampai ayat ke 56.Soalan cepumas dari kak Shiela,knapakah surah ini telah terpilih?Bagi aku surah ini bnyak memberi peringatam dan panduan selain dpt memotivate kan diri sndri.Surah ini juga bnyk kaitan ny dgn khidupan seharian kita i.Allah..

Antara ayat-ayat menarik yg telah dibincangkan semasa usrah ialah :

'Katakanlah "Pertolongan itu hanya milik Allah semuanya.Dia memiliki kerajaan langit dan bumi.Kemudian kepadaNya kamu dikembalikan."'-(al-zumar : 44)

Sesungguhnya hanya Allah yang dapat menolong kita dalam setiap perkara.Maka kenapa kita perlu resah gelisah.Berdoalah kepadaNya.Serahkan seluruh keyakinan kepadaNya.Allah mengetahui apa yg terbaik untuk kita sedangkan kita tidak mengetahui..

Selain itu,ayat yg sgt aku suka dan menyentuh perasaan adalah :

'Katakanlah "Wahai hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.Sesungguhnya,Dialah Yang Maha Pengampun.Lagi Maha Penyayang - (al-Zumar : 53)

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmua,dan berserah dirrilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu,kerana sesudah itu kamu tidak dapat ditolong - (al-Zumar : 54)

Allah sangat menyangi hamba-hambaNya.Hinggakan Allah telah menurunkan ayat bg mereka2 yg melampaui batas yakni mereka yg berbuat dosa,agar tidak berputus asa dri mencari kembali jalan yg benar.Allah telah menyatakan betapa Dia akan mengampunkan dosa-dosa hambaNya.Namun dalam ayat 54,Allah juga telah mengingatkan kita agar segera bertaubat kerana jika smpai suatu masa,kita tidak akn dapat ditolong lagi.

Sweet kan Allah.Betapa Allah sangatlah menjaga kita.Kenapa kita masih lagi brdalih untuk menunjukkan rasa syukur dan kecintaan kita kepadaNya.InsyaAllah.mari menuju Tuhan. =D