Sunday, December 15, 2013

Good friends ♥

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah,semalam Ekin dan aku berbual panjang.Walaupun dipisahkan jarak dan waktu,aku di Poland dan Ekin di India,Allah izinkan juga untuk kami berhubung.Sebenarnya agak lama jugaklah kami xcontact.Em,last mungkin waktu aku cuti summer yg lepas.Disebabkan lama xcontact,maka banyaklah cerita yang kami share.

Dan secara jujurnya aku happy dan berpuas hati.Sebabnya,selama ni aku sedar je kami da lama xcontact,but im just giving some space.Ekin pun baru je fly hari tu.Dan alhamdulillah,walaupun kita xcontact,kita tau je a good friend is always there.Macam bintang,kadang2 kita xnampak,tapi kita tahu bintang tu sentiasa ada.=).smile.

Dan apalah gunanya kita syg kawan kita tapi not for a sake of Allah.

*reminder*Ciri kemanisan iman yg kedua : Tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah.

Dan macam kata2 ustaz aku waktu kat Msu,kalau kita sygkan kwn kita,hubungan ni xkan kekal.Kalau nak kekal,sandarkan pada Allah.

To all my good friends out there...Iylia,Anies,Tajul,Mimi,my usrahmate,housemate,batchmate,classmate,Kak Shiela,Kak Ain,akak2 semua...n so many many more...as long as kita semua berada di jalan yg sama,mencari redha Allah...I love you all.

I.Allah,harap2 kita jumpa kat syurga nanti.=')

p/s : keep walking


Friday, December 13, 2013

Muslims,mind your manners.

Bismillahirrahmanirrahim.
Kebelakangan ini,aku perhatikan mereka yg berada di persekitaranku,sama ada rakan2 di muka buku,twitter mahupun yg aku jumpa secara terus(Malaysian).Yang aku pasti,ramai yang secara sedar atau pun tidak,kian jauh dari ajaran Islam mahupun akhlak-akhlak yang dianjurkan oleh Islam.

Namun demikian,apa yang membuatkan aku agak tidak berpuas hati atau pun tidak bersetuju, adalah dengan sikap sesetengah golongan yang kononnya ingin memperjuangkan Islam,namun tidak menunjukkan akhlak yang seperti diajar oleh Islam.Contohnya,apabila ada yang melakukan kesalahan,golongan ini menegur dengan menggunakan kata-kata yang kasar dan tidak sopan.Ataupun membantah kesalahan orang lain dengan marah dan mengeluarkan kata-kata cacian.Aku rasa perbuatan ni samalah seperti pepatah melayu 'seperti ketam yg mengajar anaknya berjalan lurus'.

Malah,tindakan golongan ini seolah-olah bukan mahu membetulkan yg salah mahupun mengajak ke arah kebaikan,sebaliknya membuatkan yg melakukan kesalahan berasa meluat dan tidak dapat menerima teguran.Aku teringat dgn kata2 kawanku,'jika ingin menegakkan Islam di negara ini sekalipun,janganlah sampai Islam di dalam diri sendiri hilang'.Perbuatan menegur secara tidak berhemah ini sebenarnya hanyalah mendatangkan fitnah kepada Islam.Yela,bila kita tunjukkan contoh yg tidak baik sedangkan kita mempunyai ilmu mengenai Islam,orang akan memandang serong kepada penganut agama Islam.

Hal ini membuatkan aku teringat akan kisah Abu Dhar al-Ghifari yg sanggup menjadi penjamin kepada seorang budak lelaki asing.Ini bermaksud jika budak lelaki ini tidak pulang dalam masa 3 hari,kepala Abu Dhar yg akan dipancung atas kesalahann budak lelaki itu yg telah membunuh seorang lelaki secara tidak sengaja.Hal ini semata-mata kerana Abu Dhar tidak mahu orang mengatakan bahawa,'ada seorang muslim yg di dalam kesusahan,tetapi tiada seorang muslim pun yg ingin menolongnya'.Betapa pentingnya kita menjaga nama baik Islam dan mengelakkan fitnah.


Bagi aku,muslim yang sejati pasti cukup kenal dengan akhlak mulia Rasulullah.Rasulullah seorang suri teladan yang telah memberikan contoh trbaik kepada kita dalam pelbagai aspek.Kisah-kisah Rasulullah ketika menghadapi pelbagai tentangan dalam menyebarkan Islam sepatutnya dijadikan ikutan jika kita benar-benar memperjuangkan Islam atas nama Allah dan rasul-Nya.

Alhamdulillah,berkat kesabaran dan keindahan akhlak Rasulullah,kita dapat merasakan nikmat iman dan islam hingga ke hari ini.

Semoga kita juga dapat menyampaikan Islam dengan lebih berhemah =).InsyaAllah.