Saturday, October 27, 2012

Islam in poland

Happy eid mubarak =)

Dua hari yg lalu,aku dan teman2 seperjuanganku telah ditakdirkan menyambut raya kami yang pertama di Poland.Hari raya Aidil Adha ini jatuh pada hari Jumaat.Ramai rakan-rakanku di Malaysia yang asyik merungut kerana cuti raya haji yang agak singkat.Rmai juga yg mrungut krana trpksa blek lambt utk bertemu kluarga.rmai juga yg merungut krana tidak dpt pulng ke kg halaman.Namun,kami di sini,langsung tidak bercuti pada hari tersebut.Maklumlah,penduduk Islam di bumi Poland ini hanya lah golongan minoriti.Terlalu sedikit.Dan kebanyakannya merupakan perntau.Bagi aku,berada di bumi Allah ini yang rata-rata penduduknya tidak mengenali Pencipta yang sebenar,telah banyak menyentuh hati dan membuka mataku.

Perkara pertama yg agak menyentuh hati adalah pada malam raya.Ktorang ad klas anatomy dri jam 4.30 ptg hingga jam lapan malam.Siap ad test lagi.Waktu tu maghrib pada jam 5.20 ptg.rmai jugak yg berpuasa.dan wktu berbuka,hanya gula-gula yg menjadi sbgai pembuka puasa dalam seminar anatomy tersebut.Sedangkan wktu yg sama di Malaysia org sdg sbuk menyediakan juadah dan persiapan menyambut hari raya.Lepas saja kami habes klas anat,beberapa rakn-rakanku slg mgucapkan slamat hari raya.=)

Keesokan pagi ny,kami bersiap-siap untuk ke masjid bg menunaikan solat sunat.Masa yg diambil utk tiba ke masjid terdekat adalah 1 jam dgn menaiki bas.Di Poland,hnya trdapat 3 buah masjid.tibany d msjid,ternyata ape yg ak gambarkan mengenai masjid dsini adlh slh.Masjid di sni bukan lah sprti masjid2 yg ad d Malaysia,gah berdri dan trsergam indah.Sebalik nya hanyalah seprti rumah teres dua tgkat.Suasana di dalam masjid sesak dan sempit memandgkan ruang yg kcil.Waktu tu pelbagai wajah yg ada,berlainan bgsa dan warna kulit.Dan juga dtg dr pelbgai ngaraSusah nak prcaya yg berkulit putih dan berambut perang tu un beragama Islam..=).Namun,semua ny mesra dan menyembah tuhan yg sama.

Selesai shja solat sunat,maka kami un membawa hala tuju msg2.Tiada sambutan mahupun kemeriahan.Tiada juadah yg istimewa.Hanya pengisian dalm diri msing-msing.Biarpun jauh dri keluarga.dan tiada kemeriahan dlm smbutan raya kali ini,ak kira pelbagai nilai2 yg telah dpat diambil oleh setiap seorg drpada kami.Bagaimana utuh ny sbuah persaudaraan yg disandarkan atas nama Islam.Bagaimana rasa bhagia ny bila brada d kalangan org2 yg mempunyai pegangan yg sama.Mungkin pertama kali berjumpa.Namun bgaikan lama sudah bersaudara.Subhanallah.Sesungguh ny setiap perkara yg berlku itu ad hikmah nya.Terima kasih Allah kerana memberikan kami peluang merasai semua perkara ini.

CONCLUSION :
Kdang-kadang bila kita berada di bumi atheis,di bumi yg  rata-rata penduduk ny tidak mengenal islam,namun di situ lah kita semakin dekat dgn Islam.dan dekat dgn Allah.

Allah tidak menjadikan sesutau perkara itu dgn sia-sia.

No comments:

Post a Comment