Saturday, March 23, 2013

Saksi Kebenaran-syahadatul haq

Bismillahirrahmanirrahim.

Straight to the point.

Soalan untuk hari ini.Rukun Islam ada berapa?
Mudah.Rukun Islam ada lima.

Soalan kedua.Rukun Islam yg pertama ape ye?
Sekali lagi mudah.Mengucap dua kalimah syahadah.

Aku pasti jika ditanyakan kepada budak sekolah rendah sekali pun,pasti skema jawapan ini dapat dihafal dengan mudah.=)

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah,dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Soalan ketiga.Kenapa ye dalam rukun islam pertama itu menggunakan perkataan 'saksi'.Kenapa tidak aku percaya?atau aku yakin?dan sebagai nya.

Mungkin ramai yg menganggap mengucap dua kalimah syahadah merupakan satu perkara yg mudah ,termasuklah aku.Namun setelah ditarbiyahkan,alhamdulillah rukun islam yg pertama itu kian jelas.Dengan harapan bukan sekadar jelas di minda,tapi juga di hati.

Sebaik sahaja mengucapkan dua kalimah syahadah,kita telah menjadi saksi kepada kebenaran yg sebenar-benarnya,iaitu tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Bayangkan,di akhirat nnti,bila kaki kita telah mnghampiri syurga Allah,kemudian ditanyakan kpada org kafir,mengapakah mereka tidak beriman kepada Allah,maka mereka menjawab,org disekelilingku tidak menyampaikan kebenaran yg mereka tahu kepadaku.Kita yg selangkah menghampiri syurga itu akan ditarik ke neraka utk bertanggungjawab kerana tidak menjadi saksi semasa di dunia.

Tiga ciri penting bagi seorang saksi.Analoginya begini.Seorang lelaki,telah menyaksikan sebuah kereta melanggar seorang nenek tua.Lalu lelaki tersebut telah dipanggil untuk menjadi sksi kpada kejadian tersebut.

1.Namun lelaki tersebut agak ragu2  dlm memberi maklumat.
"em,kereta tu warna hitam rasa nya.kereta wira kot.ehh kereta perdana rasanya.".Maka saksi itu akan diragui oleh seisi dewan.Oleh itu,ciri pertama seorang saksi adalah yakin dengan apa yg disaksikannya.

2.Lelaki tersebut masuk mahkamah dalam keadaan mabuk.Dan memberi keterangan dalam keadaan separuh sedar.Maka saksi seperti ini juga akan menimbulkan keraguan.Oleh itu ciri kedua seorang saksi adalah boleh dipercayai.

3.Lelaki yg menjadi saksi ini masuk ke dalam mahkamah.Kemudian lelaki tersebut senyum kepada hakim.Dan hakim pun membalas senyuman saksi tersebut.Dan saksi tersebut keluar dari mahkamah.Adakah lelaki ini layak digelar saksi dgn hanya berbalas senyuman?Maka ciri ketiga seorang sksi adlah memberitahu.

Konklusinya,sebaik sahaja melafazkan dua kalimah syahadah,sesungguhnya kita telah menjadi saksi.Kita wajib menyampaikan apa yg telah kita saksikan.Ya,besar tanggungjawab kita untuk memberitahu dunia akan kebenaran yg telah kita saksikan.Atau dgn perkataan ringkasnya,berdakwah.Mungkin agak sukar untuk terus berdakwah kepada org asing yg belum mendapat cahaya Islam.Mulakan dgn keluarga kita sendiri.Tidak mustahil di akhirat nnti,ahli keluarga kita sendiri yg akan mengatakan;"Mereka tidak memberitahu aku,tidak mengingatkan aku atau tidak menegurku".Sudah sempurnakah rukun islam kita yg pertama?

Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat =))



No comments:

Post a Comment