Bismillahirrahmanirrahim.
Kebelakangan ini,aku perhatikan mereka yg berada di persekitaranku,sama ada rakan2 di muka buku,twitter mahupun yg aku jumpa secara terus(Malaysian).Yang aku pasti,ramai yang secara sedar atau pun tidak,kian jauh dari ajaran Islam mahupun akhlak-akhlak yang dianjurkan oleh Islam.
Namun demikian,apa yang membuatkan aku agak tidak berpuas hati atau pun tidak bersetuju, adalah dengan sikap sesetengah golongan yang kononnya ingin memperjuangkan Islam,namun tidak menunjukkan akhlak yang seperti diajar oleh Islam.Contohnya,apabila ada yang melakukan kesalahan,golongan ini menegur dengan menggunakan kata-kata yang kasar dan tidak sopan.Ataupun membantah kesalahan orang lain dengan marah dan mengeluarkan kata-kata cacian.Aku rasa perbuatan ni samalah seperti pepatah melayu 'seperti ketam yg mengajar anaknya berjalan lurus'.
Malah,tindakan golongan ini seolah-olah bukan mahu membetulkan yg salah mahupun mengajak ke arah kebaikan,sebaliknya membuatkan yg melakukan kesalahan berasa meluat dan tidak dapat menerima teguran.Aku teringat dgn kata2 kawanku,'jika ingin menegakkan Islam di negara ini sekalipun,janganlah sampai Islam di dalam diri sendiri hilang'.Perbuatan menegur secara tidak berhemah ini sebenarnya hanyalah mendatangkan fitnah kepada Islam.Yela,bila kita tunjukkan contoh yg tidak baik sedangkan kita mempunyai ilmu mengenai Islam,orang akan memandang serong kepada penganut agama Islam.
Hal ini membuatkan aku teringat akan kisah Abu Dhar al-Ghifari yg sanggup menjadi penjamin kepada seorang budak lelaki asing.Ini bermaksud jika budak lelaki ini tidak pulang dalam masa 3 hari,kepala Abu Dhar yg akan dipancung atas kesalahann budak lelaki itu yg telah membunuh seorang lelaki secara tidak sengaja.Hal ini semata-mata kerana Abu Dhar tidak mahu orang mengatakan bahawa,'ada seorang muslim yg di dalam kesusahan,tetapi tiada seorang muslim pun yg ingin menolongnya'.Betapa pentingnya kita menjaga nama baik Islam dan mengelakkan fitnah.
Bagi aku,muslim yang sejati pasti cukup kenal dengan akhlak mulia Rasulullah.Rasulullah seorang suri teladan yang telah memberikan contoh trbaik kepada kita dalam pelbagai aspek.Kisah-kisah Rasulullah ketika menghadapi pelbagai tentangan dalam menyebarkan Islam sepatutnya dijadikan ikutan jika kita benar-benar memperjuangkan Islam atas nama Allah dan rasul-Nya.
Alhamdulillah,berkat kesabaran dan keindahan akhlak Rasulullah,kita dapat merasakan nikmat iman dan islam hingga ke hari ini.
Semoga kita juga dapat menyampaikan Islam dengan lebih berhemah =).InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment