Assalamualaikum dan hai.
Hari ini,aku nak cerita sedikit mengenai hadis satu atau juga dikenali sebagai hadis niat.Hadis niat ni diletakkan sbgai yang pertama dalam himpunan hadis 40 oleh Imam Nawawi.
Hadis 1 :
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah,Umar bin al-Khatab r.a. berkata,bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,maksudnya..
"Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya.Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dikahwininya,dia akan mendapatkan apa yang dikehendakinya."
Hadis ini diturunkan kerana seorang lelaki yang mengikut Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana ingin mengahwini seorang perempuan bernama Ummu Qais,bukan kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah dan Rasul-Nya.
Hadis ini adalah hadis yang sangat penting kerana semua amalan,perbuatan dan ibadah kita ditentukan berdasarkan niat kita sama ada akan diterima mahupun tidak.Jika diterima,alhamdulillah.Jika tidak,maka rugilah kita.
Bayangkan,seorang pelajar medic,setiap hari bertungkus lumus belajar selma 5 ke 6 tahun,lepas tu buat praktikal semata mata nak kejar title doktor,atau nk hidup kaya raya.Maka i.Allah apa yg dihajati itu akan diperoleh.Tetapi alangkah ruginya jika dibandingkan dengan seorang pelajar medic yg bertungkus lumus belajar untuk mengejar keredhaan Allah,supaya dapat menaikkan nama Islam,dapat membantu mereka yg kesusahan dan sebagainya.Maka kita bukan sahaja akan mendapat dunia,malah akan mendapat saham di akhirat.
Setiap perbuatan kita sehari-harian jika diniatkan kerana Allah,i.Allah akan mendapat pahala.Tidur kerana Allah,makan kerana Allah,belajar kerana Allah,mandi kerana Allah.
Jadi jom la kita sama-sama betulkan niat.Masih belum terlambat :'))
No comments:
Post a Comment