Kadang lihat kawan-kawan makin ke hadapan. Makin maju di jalan perjuangan. Makin dekat dengan Tuhan. Dalam tak sedar, ada jugak yang makin tercicir. Yang ada ilmu, tetapi amal makin berkurang. Yang kuat beramal, makin kurang mengajak rakan-rakan. Sedangkan mahu ke syurga bersama-sama.
Kadang sibuk berfikir, mungkin dia tak akan pergi pun walau diajak, sedangkan masih belum berusaha mengajak.
Tahu tak, kadang terasa hilang. Jiwa tak tenang. Tercari-cari tanpa tahu apa yang hilang. Mungkin yang kita rindu itu Tuhan. Mungkin hati yang alpa. Amal yang kurang.
Pernah sekali, aku dan kawanku, sedang menunggu bas seperti biasa untuk balik ke rumah. Entah bagaimana, keluar cerita zaman di MSU dulu. Rancak berborak. Keluarlah cerita pemakaian kami yang tidak sempurna dulu, tidak berstokin, tudung berselempang, baju singkat dan pelbagai lagi.
Dulu, pakai stokin bukanlah perkara yang biasa. Aku ingat lagi, dalam rumah sewa kami waktu tu, sahabat rapat aku, Mimi yang mulakan dulu untuk membiasakan diri pakai stokin ke mana -mana. Waktu tu, kami tinggal di rumah sewa, yang kalau nak beli makanan memang turun je kat bawah. Janggal dan asingnya waktu tu terasa nak pakai stokin semata-mata nak turun ke bawah yang tak sampai 2 minit. Tapi sebab waktu tu masing-masing mula ada kesedaran, jadi perubahan itu kami tempuh bersama-sama. Sungguh nak melakukan perubahan itu sukar. Nak keluar dari kebiasaan itu bukan mudah.
Dan bila aku mengimbau kembali ke belakang, jauh sudah kami melangkah ke hadapan. Walau kadang terasa tak bergerak. Walau kadang terasa tetap di tempat yang sama.
Biar perlahan. Asalkan terus bergerak.
No comments:
Post a Comment