Semalam waktu aku kebosanan, seperti biasa salah satu aktiviti rutin adalah melawat laman twitter. Dan kebetulan Amsyar ada di 'timeline'. Aku pun tegur dan mintak nombor telefon dia. Lama dah sebenarnya kami dah tak berborak. Lama. Mungkin 2 3 tahun tak berborak panjang.
Aku dan amsyar kalau berborak, pastinya akan keluar topik debat. Aku dan amsyar memang dah satu team bahas sejak di Mrsm Gerik. Aku, Amsyar, Ammar, Fazira dan Aida. Dari aku hanya menjadi pendebat simpanan, hinggalah aku menjadi pendebat ketiga. Dari hanya menghafal teks yang Cikgu Faridah sediakan, hinggalah kami menjadi Juara debat menengah rendah. Antara memori paling indah sepanjang di MRSM, pastinya adalah minggu bahasa.
Selain menyertai bahas, aku jugak pernah menyertai pertandingan pidato semasa di tingkatan 4, dan menjadi johan zon utara. Waktu tu, yang turut bertanding dalam zon utara, adalah Kak Husna. Siapa tak kenal kak husna waktu tu, senior aku di Mrsm Gerik yang menjadi juara berturut turut. Jadi, waktu aku menyertai pertandingan pidato zon utara, memang aku sekadar membuat yang terbaik. Rezeki aku tahun itu, tidak disangka, aku mendapat tempat pertama dan layan ke peringkat kebangsaan.
Hinggalah kami sama sama pulak dalam Komiti Debat Mrsm Taiping. Debat yang aku paling ingat hingga sekarang adalah semasa aku di tingkatan lima, tahun 2010, tahun terakhir aku berpeluang menyertai bahas. Masih segar diingatan, waktu itu memang team kami berada di ranking yang pertama selepas lima perlawanan. Hinggalah masuk ke pusingan kalah mati, kami dikatakan tewas kepada mrsm lain di ranking 16. Tidak tahu dimana silapnya, walau ramai yang tak berpuas hati dengan keputusan juri ketika itu, entah kenapa tiada perlawanan semula diadakan ketika itu. Nak kata betapa kecewanya aku sewaktu tu, hingga mengalirkan air mata. Dan sampai sekarang, kalau bercakap mengenai debat pada tahun itu, memang terasa meluap luap perasaan tak puas hati walaupun lama dah bersara dari arena perbahasan.
Selain memori di minggu bahasa, pastinya debat UIA turut mengundang memori.
Benar bak kata amsyar, pergi berdebat waktu tu ibarat pergi berperang. Dengan debarannya, lawan yang tidak pasti dan dipilih secara rawak sebelum perbahasan. Masa persediaan yang singkat. Sambil mengusung beg tarik, yang penuh dengan artikel. Jujurnya bercakap mengenai debat, tidak pernah tak rindu. Tak pernah bosan.
No comments:
Post a Comment