Sunday, December 23, 2012

Bersyukurkah kita?

Bismillahirrahmanirrahim.

Seorang lelaki tua yg berjalan perlahan-lahan keluar daripada sebuah pasaraya dan hanya mampu membeli roti kosong sebagai makanan seharian untuk mengalas perut.Seluarnya basah.Mungkin tidak sempat ke tandas kerana tidak mampu berjalan cepat..Di sebuah stesyen bas,seorang lelaki tua yg lain berjalan dari satu tong sampah ke tong sampah yg lain sambil mengutip baki rokok org lain untuk memanaskan badan.Di luar bangunan Anatomy tempat aku belajar,seorang lelaki tua sedang menyodok salji yg telah menjadi ais sambil terbatuk dan menahan lelah dalam kesejukan yg mencapai angka negatif sepuluh.Rasa sperti mahu berhenti sebentar membantunya yg kelelahan.

Perempuan tua yg layak dipanggil nenek selalunya melutut berjam-jam lamanya dalam kesejukan di stesyen trem sambil meminta sedekah,kini tidak lagi kelihatan.Seawal jam 6 pagi,ak bangun dan melihat ke luar tingkap,lelaki2 tua bekerja menyodok salji untuk membersihkan jalan.Atau mungkin mereka telah memulakan tugas itu lebih awal lagi.Subhanallah.Suhu ketika itu negatif belasan.Ketika dalam perjalanan menuju ke kelas,seorang lelaki tua menaiki bas dalam keadaan sgt menggigil.Kasutnya basah.Tisu ditangannya sangat kotor.Tangannya tidak memakai glove.Kesejukan yg melampau menyebabkan tngan ak yg memakai glove pun masih terasa sakit dan kebas.Kaki yg memakai 3 lapis stoking pun masih terasa sakit dan sejuknya.

Ya Allah.Sungguh betapa beruntungnya aku.Malah selalu terlupa untuk bersyukur.Makan mengikut nafsu.Sudah ada makanan kadang2 merungut lagi.Sudah diberi rumah yg selesa,lupa akan mereka yg kesejukan di luar sana.Diberikan katil yg panas dan selesa,sedang ramai yg tidak mempunyai rumah hingga ada yg mati kesejukan.Sudah ada harta,terlalu sedikit yg diinfakkan ke jalan Allah.

Bersyukurkah kita?
Muhasabah diri.

1 comment:

  1. Urmmm.. Menarik!!! Betul tu... Kita masih belum cukup bersyukur dengan apa yang kita ada...

    ReplyDelete