Monday, December 17, 2012

Berjayakah kita.?


Bismillahirrahmanirrahim..

Rasulullah s.a.w besabda ketika menggali Parit Khandaq (5 Hijrah):
“Kota Konstatinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya sewaktu itu adalah sebaik-baik raja yang ada. Tenteranya juga sebaik-baik tentera.”


Alhamdulillah,kira-kira dua minggu lagi,tahun 2013 akan menjelma insyaAllah.Dan usia pun kian bertambah.Kita semakin dewasa.Dan yg dewasa semakin tua.Usia ku juga akan mencecah ke angka 20.Masih muda belia.

Mengimbas kembali apa pencapaian kita sepanjang hidup di atas muka bumi Allah ini.Bagi aku,19 tahun.Tempoh yg agak lama berbanding mereka2 yg ditakdirkan meninggal di usia yg lebih muda.Ya,kita telah berjaya dgn cemerlang dlm peperiksaan.Tidak pernah gagal.Berjaya menempatkan diri di sekolah berasrama.Berjaya menjadi pelajar yg pling 'hot' dkat sekolah.Berjaya menjadi atlet pling hebat.Atau berjaya mendapat teman hidup yg sempurna.Dan macam2 lagi istilah berjaya.

Aku sgt pasti semua org gembira apabila mendapat kejayaan.Tetapi sampai disitu saja kah kejayaan kita..?

Ehem2..

Diceritakan bahawa Konstantinopel (hari ini ialah Istanbul) merupakan ibu kota Empayar Byzantine yg sgt sukar utk ditawan.Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menawan Konstantinopel namun menemui kegagalan.Beratus tahun berlalu dan berlalu.Pelbagai cubaan dilakukan.Umat Islam berebut-rebut untuk membuktikan hadis Rasulullah.Untuk menjadi sebaik-baik raja dan mempunyai sebaik-baik tentera.Namun semuanya tidak berjaya.

Sehinggalah akhirnya Konstantinopel jatuh ke tangan Sultan Muhammad Al-Fateh.
Sultan Muhammad Al-Fateh telah memimpin kerajaan Uthmaniah seawal usia 14 TAHUN.
Dan berjaya menakluk Kota Konstantinopel seawal usia 21 TAHUN.
Subhanallah.Pemuda yg sgt luar biasa.Bersama tenteranya yg juga luar biasa.

Dan kita?
Kota manakah yg berjaya kita tawan..

No comments:

Post a Comment