Bismillahirrahmanirrahim..
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Aku ada seorang kawan.Bagi aku,dia sangatlah bijak,berkepimpinan,dan bercita-cita tinggi.Bagi aku,dia seorang yg hardworking dalam mencapai impiannya dalam menubuhkan sebuah syarikat.Dan alhamdulillah,aku kira diusia yg masih muda remaja,dia adalah seorang yg berjaya.Bukan dia sahaja org yg hebat.Terlalu ramai.Di sekeliling ak sahaja,ramai yg tidak putus-putus belajar,demi mendapatkan segulung ijazah.Bila dah dapat ijazah,aku kira mereka berusaha pula untuk mendapatkan pekerjaan.Ada yg ingin menjadi doktor,guru,jurutera,akauntan,arkitek dan terlalu bnyk lagi.
Tetapi sungguh aku tertanya-tanya apakah tujuan sebenar mereka2 ini,berusaha berusaha berusaha dan berusaha saban hari untuk mengejar impian mereka ini.Adakah kerana untuk mendapat gaji yg besar bagi menyara keluarga?atau untuk mendapat keselesaan hidup?atau untuk mendapat nama dan dipandang tinggi oleh masyarakat?atau kerana Allah...
Aku yakin,bila diantara kita bakal menduduki peperiksaan,kita akan berdoa kepada Allah untuk memberikan keputusan yg baik untuk kita dan sebagainya.Tetapi selepas Allah memakbulkan doa kita,apakah sumbangan kita kepada agamaNya?
Aku pasti kita selalu berdoa agar Allah memudahkan urusan kita untuk mendapat segulung ijazah.Tetapi selepas Allah memperkenankan doa kita,memang kita akan melafazkan Alhamdulillah..tetapi apakah yg kita balas untuk melaksanakn tggungjawab kita sebagai seorang khalifah?
Aku pasti acapkali kita berdoa agar ditemukan dengan jodoh yg terbaik untuk kita.Tetapi setelah kita diberikan seorang teman hidup,apakah yang kita lakukan untuk Allah..?
Apakah sebenarnya yg kita kejar dalam dunia ini.Terlalu banyak Allah memberi.Kita masih meminta.Allah berikan lagi.Dan kita terus lalai.Sungguh kesenangan itu adalah satu dugaan yg sering kali tidak kita sedari.
Alangkah ruginya kita apabila saban hari kita habiskan mengejar dunia.Sedangkan usaha-usaha itu tidak kita sandarkan kepada Allah.Marilah betulkan niat kita sebagai seorang hamba dan khalifah dalam usaha mendapatkan kejayaan di akhirat.
Kemenangan dapat diperoleh hanya dengan pengorbanan :
'Wahai orang beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?' (al-Saff : 10)
'Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.' (al-Saff : 11)
'Nescaya Allah mengampunkan dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan menempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn.Itulah kemenangan yang besar.' (Al-Saff : 12)
Allah menjual keampunan dan syurgaNya dgn harga keimanan dan jihad.
Jom kita berjual beli dgn Allah.
Tidak mahukah kita ke syurgaNya..
Atau mampukah kita ke nerakaNya..
No comments:
Post a Comment